Sunday, March 24, 2013

AMALI 11

Soalan : nota ringkas berkaitan pengalaman pembelajaran di bilik darjah








AMALI 10

Dalam subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini (BMM 3103), saya dikehendaki membina satu blog ilmiah berdasarkan topik-topik dan juga kerja amali yang dilaksanakan di dalam kelas berdasarkan subjek BMM 3103 ini. Dengan pembinaan blog ini saya daapt belajar banyak perkara terutamanya dalam membina tapak blog ini. Selain itu, saya juga dapat berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain sama ada sesama rakan sekelas atau sesama rakan dari IPG lain. Semoga blog yang dibina dapat memberi manfaat kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain.

AMALI 9

contoh deklamasi sajak



contoh sajak yang dibina di dalam kelas :


AKRAB PERSAHABATAN

Meniti hari,
Setia harungi bersama,
Tak kira siapa,
Tangan tetap erat berjabat.
Senyuman terukir,
Berbalas sapaan..
Aku dan kau saling mengenal.

Jalan perpaduan ini tetap di hati,
Aku gembira, kau bahagia.
Aku sedih, kau turut berduka.
Liku yang penuh ranjau diredah bersama .


instrumen penilaian aktiviti kemahiran bahasa :

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA
(SAJAK)
Bil
Perkara yang Dinilai
Skala Pemarkahan
Cemerlang
(8-10)
Baik
(4-7)
Lemah
(0-3)
1.
Tema sajak (menepati/ tidak menepati)



2.
Persoalan sajak sesuai dengan tema



3.
Kepelbagaian gaya bahasa



4.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait



5.
Nada dan intonasi yang bersesuaian



6.
Penerapan nilai dalam sajak






AMALI 8 (INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA)


Bacaan Nyaring
Nama:
Kelas:
Bil.
Kesilapan / kelemahan yang dilakukan
( / )
1.
Peninggalan – bunyi huruf / perkataan / imbuhan yang ditinggalkan.

2.
Ulangan – mengulang-ulang perkataan / suku kata.

3.
Tambahan – bunyi huruf / imbuhan / perkataan ditambah.

4.
Pembalikan – huruf / perkataan / frasa dibaca secara terbalik atau songsang.

5.
Membaca cuma selepas mengeja / membatang suku kata terlebih dahulu.

6.
Membaca tersekat-sekat perkataan demi perkataan tanpa mengikut frasa atau unit pemikiran.

7.
Membaca terlampau cepat / gopoh / tidak menghiraukan noktah / lain-lain tanda bacaan yang boleh menjejas kefahaman dalam bacaan.

8.
Tidak boleh / tidak mahu membaca langsung.

*Tandakan ( / ) pada kotak sekiranya murid ada melakukan kesalahan
Komen guru:_________________________________________________________
___________________________________________________________________
Markah bacaan akan dinilai berdasarkan item-item berikut:
BIL
PERKARA YANG DINILAI
SKOR
CATATAN / KOMEN GURU
1
2
3
1
Kelancaran – murid dapat membaca dengan fasih dan lancar.




2
Bacaan murid mempunyai jeda.




3
Murid membaca dengan menggunakan intonasi yang sesuai.




4
Nada yang digunakan murid sesuai dengan ayat yang dibaca.




5
Sebutan bacaan murid jelas dan terang





Skor
Pencapaian
1
LEMAH
2
SEDERHANA
3
BAIK
*Petunjuk :



Jumlah Skor: ____________       

Peratus markah yang diperoleh: (____/15) X 100 = ___________%

Ya

Tidak

Bimbingan Guru:      


Bacaan Senyap
Murid dikehendaki menjawab soalan yang disediakan berdasarkan teks yang diberi. Jumlah jawapan yang betul akan direkodkan.
Nama:
Kelas:
BIL
PERKARA YANG DINILAI
SKOR
CATATAN / KOMEN GURU
1
2
3
1
Format teks




2
Pemilihan Kata (diksi)




3
Laras ayat yang digunakan





Kriteria
Skor
Pencapaian
1
Murid memberikan jawapan atau contoh yang hampir tepat
2
Murid dapat memberikan jawapan tepat atau contoh yang agak bersesuaian
3
Murid dapat memberikan jawapan dengan tepat beserta contoh yang sesuai.

*Tandakan ( / ) pada kotak betul bagi jawapan murid yang betul atau kotak salah bagi jawapan murid yang salah.

Jawapan yang betul akan diberi 1 markah.
Peratus markah yang diperoleh: (____/3) X 100 = ___________%
Panduan Guru:
Markah
Peringkat Bacaan Am
Maksud
55 peratus ke atas
Peringkat Bersendirian
Murid telah mencapai peringkat bacaan dan kefahaman yang memuaskan dimana ia telah menunjukkan kebolehan membaca dan memahami bahan bacaan dengan bersendirian tanpa memerlukan bantuan.
50 peratus ke bawah
Peringkat Bimbingan
Murid telah menghadapi beberapa masalah dalam bacaan dan kefahaman. Murid memerlukan pertolongan atau bimbingan.
25 peratus ke bawah
Peringkat Kecewa
Murid telah menghadapi banyak masalah dalam bacaan dan kefahamannya. Murid memerlukan perhatian dan bimbingan khusus dengan menghantar ke kelas pemulihan.

contoh petikan :

Seperti biasa, cuti hujung minggu dimanfaatkan oleh Fahmi dan kawan-kawannya dengan aktiviti memancing. Sungai di hujung kampung menjadi lokasi strategik mereka. Dengan berbekalkan joran dan umpan, mereka menuju ke sungai.
        Sesampainya mereka di sana, rasa kehairanan timbul di hati masing-masing. Banyak ikan terapung di permukaan sungai. Mereka berpandangan sesama sendiri.
        Rasa ingin tahu tahu timbul di hati. Mereka sependapat untuk menyiasat punca kejadian tersebut. Fahmi dan kawan-kawannya berjalan menyusuri sungai. Tiba-tiba, mereka ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
        Setelah membuat intipan, mereka melihat lelaki-lelaki tersebut sedang membunag sisa toksik ke dalam sungai. Rasa tanggungjawab timbul di hati mereka. Fahmi mencatat nombor pendaftaran lori yang membawa sisa toksik itu.
        Setibanya mereka di rumah, Fahmi dan kawan-kawannya menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu bapa Fahmi. Ibu bapa Fahmi berjanji untuk melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.