Sunday, March 24, 2013

AMALI 5 (SOALAN OBJEKTIF)


SOALAN OBJEKTIF
1)          Ibu sedang  ___________  nasi di dalam periuk elektrik di dapur.
(tahap rendah-pengetahuan)
A.        menjerang
B.        menanak
C.        memasak
D.        merebus
2)     ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam.
(tahap rendah- pengetahuan)
A.        Pepatung
B.        Kekelip
C.        Tetupai
D.        Kekura
3)      Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________ pergi ke perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- kefahaman)
A.        Mereka
B.        Kami
C.        Kamu
D.        Dia


4)       Zaleha selalu membimbing anaknya, Zuraida mengulang kaji pelajaran
           ____________ dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
(tahap rendah- kefahaman)
A.     jikalau
B.     supaya
C.     untuk
D.     bagi
5)         _____________ kita mesti belajar bersungguh – sungguh ?
(tahap rendah- kefahaman)
A.     Bagaimanakah
B.     Mengapakah
C.     Siapakah
D.     Apakah
6)         Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul.
(tahap sederhana- aplikasi)
A.     Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
B.     Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.
C.     Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.
D.     Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.

7)         Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur.
(tahap sederhana-analisis)
A.     Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?
B.     Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
C.     Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
D.     Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?

8)         Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
            ‘ Bagai telur di hujung _____________ ‘.
(tahap rendah- pengetahuan)
A.       Tanduk
B.       Rambut
C.       Ekor
D.       Kaki







     
9)         Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas.
(tahap sederhana-aplikasi)
A.     Ada udang di sebalik batu.
B.     Bagai melepaskan batuk di tangga.
C.     Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
D.     Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Soalan 10 – 13
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lot 107 Permai 1,
Lorong Sepuluh,
       34100, Selama Perak. 
                                                                             3 Mac 2013

            Menemui saudara Andi yang berada di Kuching, semoga berada dalam keadaan ceria selalu.
Saudara,
Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Sebenarnya saya baru sahaja pulang bercuti di kampung ayah saya di Ranau. Sepanjang seminggu di sana, saya telah melawat tempat-tempat yang menarik. Ranau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 110 kilometer dari Kota Kinabalu. Kebanyakan penduduk di sini ialah suku kaum Dusun.
Saya berkesempatan melawat Kolam Air Panas Poring. Poring adalah antara destinasi pelancongan yang popular di Ranau. Telaga air panas ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau. Banyak orang mandi di kolam air panas ini kerana mereka percaya bahawa air yang mengandungi sulfur semula jadi itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.
Di kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga terdapat Taman Orkid, Taman Rama-rama, dan Taman Tropika Poring. Saya dan ibu berpeluang melawat Taman Orkid. Di Taman Orkid, pokok-pokok orkid ditanam terus pada batang kayu di dalam rumah hijau. Taman Tropika Poring pula merupakan kawasan pemuliharaan lebih daripada 100 spesies burung, orang utan, dan rusa. Taman ini dibina untuk memastikan spesies hidupan liar tersebut tidak diancam kepupusan. Haiwan di sini bebas mencari makanan, tempat tinggal, dan pasangan untuk menambahkan populasi.
Saya dan abang juga tidak melepaskan peluang untuk meniti jambatan gantung di taman ini yang panjangnya 600 kaki. Pada mulanya, saya berasa gayat. Lama-kelamaan saya dapat meniti jambatan itu hingga ke hujungnya. Saya turut melawat Gua Kelawar Kipungit.
Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita bertemu lagi dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekalian. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Ryan

10)         Apakah jenis petikan di atas?
               (tahap rendah- pengetahuan)
A. Surat Kiriman Tidak Rasmi
B. Surat Kiriman Rasmi
C. Surat Pelantikan
D. Surat Peribadi
11)         Apakah yang anda faham tentang petikan di atas?
               (tahap rendah- kefahaman)
               A. Ryan memohon maaf kepada Andi di atas kelewatannya membalas surat           
                  Andi.
               B. Pengalaman Ryan pulang bercuti di kampung ayahnya di Ranau
               C. Bertanya khabar tentang rakannya yang berada di Kuching
               D. Mengisi masa lapang Ryan menulis surat
12)         Apakah keistimewaan Kolam  Air Panas Poring?
(tahap tinggi- analisis)
A.  Pemandangan di kolam air panas itu sangat indah.
B.  Air panas di kolam itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.
C.  Jaraknya yang tidak berapa jauh dari bandar Kota Kinabalu
D.  Kolam air panas itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap.


Soalan 13 – 15
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.






13)      Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas? 
(tahap tinggi- sintesis)
A.       Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
B.       Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
C.       Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
D.       Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
14)      Sebagai individu, cadangkan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan pencemaran udara.
 (tahap tinggi - sintesis)
A.        Tidak membuang sampah /toksid ke dalam sungai.
B.        Mengenakan tindakan kepada pembalak haram.
C.        Menggunakan pengangkutan awam.
D.        Menguatkuasakan undang-undang
15)      Pada pandangan anda, apakah cara mengatasi pencemaran udara yang boleh dilakukan secara individu?
(tahap tinggi-penilaian)
A.        Menggunakan pengangkutan awam.
B.        Menanam pokok di sekeliling rumah.
C.        Memakai topeng muka
D.        Tinggal di rumah

No comments:

Post a Comment